
The Last Kopek: Senariounion 30 Tahun menyatukan enam legenda komedi (Azlee Jaafar, Wahid Mohd, Lan Pet Pet, Ilya Buang, Saiful Apek dan Yassin Yahya) bagi meraikan 30 tahun perjalanan Senariounion. Dianjurkan oleh Dreamscape Events dan diterbitkan oleh Kapla Entertainment, konsert eksklusif ini berlangsung pada 25 April 2026 di Idea Live Arena.
Konsert berskala mega ini membawa peminat kembali ke era emas komedi melalui gabungan nyanyian dan lawak santai, diiringi tujuh pemuzik dengan susunan muzik baharu oleh Chaan & The Leman Band. Ia juga sebagai penghormatan kepada legasi Senariounion yang sejak 1996 telah memberi impak besar melalui sitkom popular, filem box-office dan lagu ikonik.
Disokong oleh peminat pelbagai usia termasuk Gen-Z yang mengenali mereka melalui platform digital, The Last Kopek: Senariounion 30 Tahun menjanjikan malam penuh nostalgia dan hiburan yang sukar dilupakan.
#Senariounion #TheLastKopek
Instagram:
@senariounion
@dreamscapeevents.my
@kaplaentertainment