27 Jun 2026 (Sabtu) | 8.30 Malam


Idea Live Arena, 3 Damansara


Satu malam di mana kuasa rock dan metal Malaysia bersatu untuk menggegarkan arena.


Buat pertama kali dalam sejarah, dua kuasa besar — Cromok dan Barbarik — akan berkongsi pentas dalam sebuah konsert penuh yang sarat dengan riff berat, groove padu, dan melodi yang membelah jiwa. Ini bukan sekadar konsert. Ini pertembungan dual legasi rock dan metal yang telah membentuk generasi.



Apa Yang Menjadikan Konsert BLACK ON WHITE “Wajib Hadir” Untuk Rockers dan Metalheads

• Sejarah tercipta: Cromok & Barbarik dalam satu pentas — gabungan yang peminat tak pernah sangka akan menjadi nyata.


• Tenaga dua legenda: Dari riff yang mengaum, hentakan yang menggoncang dada, hingga ke vibe yang hanya dua band ini boleh hasilkan.


• Karl × Jo Branko kembali menghentam: Selepas “Golok Kayu” dari Album Peluru Cokelat Barbarik, bersedia untuk single terbaru Cromok featuring Jo Branko — dipersembahkan secara LIVE


• Cromok juga akan mempersembahkan satu lagu baru: Saksikan lagu baru Cromok secara langsung, eksklusif untuk malam ini.


• Dibawakan oleh MyArteez: Platform fan club yang membawa artis dan peminat lebih dekat. Peminat boleh ikut perkembangan belakang pentas secara langsung, akses kandungan eksklusif, dan dapatkan merchandise rasmi melalui aplikasi MyArteez.


Ucapan Penghargaan

Terima kasih kepada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures atas sokongan berterusan Kerajaan terhadap pembangunan industri kreatif melalui Dana Kandungan Kreatif.

 

Ini malam untuk kita semua — metalheads, rockers, dan pengikut setia scene.


Tiket adalah terhad.

Rebut tempat anda dan jadi sebahagian daripada malam yang akan dikenang dalam sejarah rock dan metal Malaysia.

 


BLACK ON WHITE.

Satu pentas. Dua legasi.

日期 & 时间 (当地时间)
2026/06/27 8:30PM
CAT6
998 MYR
CAT 5
480 MYR
CAT 4
350 MYR
CAT 3
250 MYR
CAT 2
195 MYR
CAT1
175 MYR